Jam ketika itu menunjukan pukul 6.30 petang dan kami melalui jalan bertar di sekitar Kg. Sri Makmur dan memasuki hutan sejauh 600 meter melalui jalan tanah liat. Ketika itu kami tiada apa gambaran terhadap apa yang En. seli perkatakan kerana beluai sendiri tidak mempunyai andaian yang sesuai terhadap apa yang beliau hendak tunjukan. Beliau hanya meminta kami melihat sendiri penamdangan tersebut yang terjadi akibat proses alam semulajadi.
Dari jauh kami dapati pemandangan lanskape batuan yang terjadi daripada hakisan air dan matahari. Bukit yang asalnya hanyalah bukit tanah yang telah di korek oleh kontraktor jalan bagi menambak tanah di sekitar kampung ini menjadi satu lanskape yang menarik dan pelik untuk dihayati. Dari jauh ia kelihatan biasa dan cuma menarik perhatian kami dengan struktur batu yang bewarna putih sahaja. Apabila diminta oleh En. Seli untuk mendekati kawasan itu, kami merasakan ada yang unik dengan keadaan batu tersebut.
Lanskape ini terbentuk oleh batuan kecil yang timbul diatas tanah yang lembut. Dimana terdapat batu maka akan timbul lah permukaan tersebut manakala tanah di sekeliling akan dihanyutkan oleh air. Batuan yang timbul tersebut agak berlainan warna dan keadaannya seolah olah sudah berusia ratusan tahun seperti binaan kuil lama di negara jiran. Apabila di tolak, tanah tersebut runtuh dan tiada ape yang menyebabkan ia tidak boleh dihanyutkan oleh air.
Lanskape ini amat menarik dan perlu dikekalkan bagi menghargai ciptaan Allah dan kita patut menyedari betapa kecilnya kita dalam menghasilkan hasil seni yang tidak mungkin kita mampu membinanya.
Kami mula bergerak pulang tepat jam 7.00 petang setelah merasakan pergerakan kami seolah olah diperhatikan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment