Pada 12hb. Jun 2012 (semalam), saya berkesempatan mengikuti pasukan explorasi ke Lata Mentagan bagi menilai dan mencari informasi berkaitan tapak perkelahan Lata Mentagan. Pasukan kami terdiri daripada Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang, Setiausaha Koperasi Felcra Sri Makmur En. Mokhtar bin Kasim, Juru arah En. Mohd. Seli bin Awang Busu, Ketua Rela Mukim Penyor En. Abu Bakar bin Yeos, Ketua Plantun Rela Kg. Sri makmur En. Abd. Rahman bin Abd. Rahim dan saya sendiri.
Misi kami adalah menilai dan mencari fomula untuk memajukan semula tapak rekriasi ini agar menjadi tarikan kepada pengunjung. Untuk makluman semua, tapak ini pernah menerima peruntukan dari kerajaan tetapi tidak dapat sambutan daripada pengunjung kerana ketiadaan promosi dan informasi kepada pengunjung dari dalam mahupun luar kawasan tersebut.
Explorasi kami mula berkumpul di Stesyen Minyak SMART di Kg. Sri Makmur pada pukul 10.00 pagi. Setelah selesai taklimat ringkas dari En. Mokhtar, kami bertolak ke lokasi menaiki pacuan 4 roda yg mengambil masa selama 10 minit. Oleh kerana ketiadaan maklumat terkini mengenai jalan, kami memutuskan untuk meletakan kenderaan kami kira kira 600 meter dari pondok rehat yang pertama. Kami dapati jalan agak semak dan masih boleh dilalui dengan pacuan 4 roda tanpa sebarang masalah. Keadaan pondok rehat tersebut agak semak tetapi pondok pondok masih dalam keadaan baik.
Setelah berehat dalam 10 minit di kawasan ini kami memulakan explorasi kami seterusnya. Misi kami adalah untuk sampai ke air terjun yang ke-7. Lata Mentagan mempunyai 7 peringkat air terjun yang mana tiap satu tingkat tersebut mempunyai kolam takungan setiap tingkat.
Kami memulakan perjalanan kami pada jam 10.45 pagi dan dijangka mengambil masa selama 1 jam 45 minit bagi perjalanan biasa dan jika peserta sudah biasa dgn keadaan batu batan disini dan keadaan route yang baik, ia hanya mengambil masa selama 45 minit sahaja.
Perjalanan kami kali ini agak perlahan kerana misi kami memerlukan kami berhenti dan menilai situasi serta mengambil gambar di sepanjang perjalanan kami. Keadaan route yang agak semak dan batu yang licin adalah antara cabaran yang terpaksa kami lalui.
Kami sampai ke air terjun yg pertama pada pukul 11.45 pagi. Kami jangka jarak antara pondok rehat ke sini dalam lingkungan 2-3 kilometer. Keadaan air terjun di tingkat pertama ini agak rendah dan perlahan. Mungkin kerana musim kemarau yang melanda kawasan ini sekarang.
Air terjun No.1
Setelah sampai ke air terjun yang pertama, kami meneruskan perjalanan ke peringkat yang seterusnya. Keadaan route di peringkat ini masih landai dan sedikit berbukit. Menuruk kata pemandu arah kami, keadan route selepas ini aga curam dan ada ketika memerlukan penggunaan tali. Perjalanan seterusnya ke peringkat ke dua agak dekat tetapi musim kemarau menmbuatkan aliran air agak perlahan dan lanskape ait terjun agak kurang menarik di peringkat ini. Kira kira 20 minit berjalan, kami sampai ke peringkat ke 2 air terjun ini.
Air terjun No.2
Kami meneruskan perjalanan ke air terjun yang seterusnya tanpa berhenti di peringkat ini. Perjalan diteruskan ke peringkat ke 3 pula. Route agak curam, kami terpaksa mendaki batu yang licin dan berpaut kepada akar kayu untuk sampai ke peringkat ke 3 ini. Air terjun di peringkat ini aga unik kerana ianya dikelilingi oleh batu batu yang tinggi seolah olah sebuah empangan dan terdapat sebuah gua di sebelah kanan batu tersebut yang masih belum diteroka. Kami memutuskan akan meneroka gua tersebut pada expedisi yang lain keran misi kami kali ini perlu diutamakan.
Air terjun No.3
Kami berehat di sini selama 10 minit dan meneruskan perjalan ke peringkat yang seterusnya. Perjalan seterusnya semakin mencabar. Kami mendaki bukit untuk sampai ke perigkat seterusnya. Bukit pasir yg agak semak memperlahankan perjalanan kami. Suasana agak redup meskipun waktu ketika itu sudah mencecah 12 tengahari. Kira kira 10 minit perjalanan, kami sampai ke peringkat ke 4 air terjun Lata Mentagan. Masih agak rendah dan air yang mengalir agak perlahan. Ketika ini pacat agak banyak melekat pada kami. Mungkin kerana sebelum ini sudah lama kawasan ini tidak di kunjungi oleh pelawat. Menurut En. Seli, beliau sendiri sudah satu tahun tidak memasuki kawasan ini dan beliau percaya bahawa tiada pelawat lain yang sampai ke peringkat ini sejak itu.
Air Terjun No.4
Keadaan air di peringkat ini sungguh nyaman. Ada diantara kami yang mula mahu mandi di sini kerana airnya yang jernih dan sejuk tetapi diminta oleh juru aras kami supaya tidak berbuat demikian kerana kami sudah hampir dengan lokasi yang kami tuju. Di peringkat ini kami boleh melihat ikan ikan berenang menyambut kedatangan kami. Terdapat tingalan joran pancing lama disini menunjukan kehadiran pemancing tegar yang sanggup meredah hutan bagi mencari ikan kegemaran mereka. Kawasan ini masih tiada sebarang larangan kepada pemancing mahupun aktiviti menangkap ikan. Kami meneruskan perjalanan dan sampai ke peringkat seterusnaya. Air terjun di peringkat ke 5 & 6 ini adalah puncak kepada exspidisi kami kerana disini kami akan berehat dan mandi manda. Peringkat ke 5 & 6 ini terletak bersebelahan dan bersambung. Ketinggianya kira kira 6 meter (20 kaki) dan terdapat kolam air yang dalam dan sesuai untuk mandi manda.
Air terjun No. 5 & 6
Terdapat kawasan perkemahan yang boleh memuatkan kira kira 10-15 orang di sebelah kawasan ini. Keredupan kawasan ini membuatkan kami terpukau dengan keindahan alam semulajadi dan menenangkan fikiran. Sebahagian dari kami sudah mula bersiap untuk mandi dan saya ketika itu bersama Juru arah dan En. Mokhtar bersama En. Abd. Rahman memutuskan untuk terus mendaki ke peringkat terakhir expidisi kami iaitu peringkat ke 7. Jaraknya hanya 5 minit tetapi curam yang tinggi agak merbahaya tanbahan pula tiada route yangdisediakan. Peringkat ke 7 ini agak sama dengan peringkat ke 5 & 6 cuma agak tenang dan suasananya agak sukar digambarkan kerana tiada persamaan dengan tempat lain. Agak bersih walaupun tiada siapa yg menjaganya dan ketenangan ini pasti menjadi impian setiap pengunjung.
Air terjun No.7
Kami mengambil masa selama 1 jam berehat di sini dan mandi manda menghilangkan penat sebelum bertolak turun kira kira pukul 2.45 petang. Perjalan pulang agak cepat kerana kami sudah faham dengan selok belok route yang kami lalaui. Tugas kami juga sudah selesai dengan segala gambar dan informasi sudah kami perolehi. Ketika perjalan turun, Juru arah kami menunjukan beberapa spesis tumbuhan dan binatang yang terdapat di sekitar kawasan ini. Kawasan ini kaya dengan tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat penyakit. Antara yang menarik perhatian saya adalah cendawan yang mampu mengubati haid wanita dan batu damar yang digunakan untuk menampal perahu di zaman dahulu.
Kami sampai ke kenderaan kami tepat jam 3.30 petang dan mula bergerak pulang.
Sekian, terima kasih.
Keadaan air ketika ini adalah cetek kerana musim kemarau. Kawasan ini tidak menerima hujan sejak 3 minggu yang lepas. Di bawah ini adalah gambar lama yang diambil ketika waktu biasa dan paras air yang normal.
Keadaan biasa ketika bukan musim kemarau.
(Gambar lama)
Perkongsian info:
Guide : En. Seli - Juru arah terlatih dan bertauliah.
Pakaian : Seluar mendaki yang bersesuai bagi aktiviti mendaki dan mengharungi air.
Kasut : Kasut getah yang berharga RM7-10 di pasaran amatlah sesuai.
Ubatan : Ubat mencegah pacat. Boleh dibeli di stesyen minyak SMART Sri Makmur.
Perkemahan : Hammork sesuai kerana kawasan sempit dan terdapat pokok yg banyak untuk di ikat.
No comments:
Post a Comment