Pasir Berbisik

Pasir Berbisik
Bromo, Surabaya

Sunday, 6 December 2015

Mendaki Gunung Bromo, Surabaya

Assalamualaikum WBT...

Trip kali ini agak sempoi.. Bekerja di luar kawasan dan berjauhan dengan keluarga membuatkan percutian ini agak menarik. Sampai dari Kuantan jam 11.00pm dan bersiap kemas barang sampai jam 1.00am. Pada 28/11/15 jam 2.00am kami bergerak ke Stesyen ERL Putrajaya utk kejar first train ke KLIA2. Alhamdulillah sempat sampai.

Trip kali ini kami sekeluarga bersama kawan hiking, Namanya Abby (ChiliMerah). Dia dh sampai awal ke stesyen ini. Mungkin tak tidur malam tadi kot.

Sampai terus beli tiket train. Tujuan kami park kereta disini sbb nk jimat duit parking. Total 3 hari 2 mlm park sini cuma bayar RM15 saja berbanding di KLIA2 yg amat tinggi kosnya.

Beratur beli tiket


Awal lagi ni.

Dalam train yg selesa.

Perjalanan ke KLIA2 hanya mengambil masa 15 minit dan kekerapan train setiap 1/2 jam.
Sampai di KLIA2 kami terus masuk ke dalam balai perlepasan. Jam masa tu dah sekitar 6.00am. Sempat la selesaikan ape yg patut sementara menunggu masa berlepas.

Ada sedikit kelewatan, mungkin pilot belum bangun kot. Flight patut pukul 7.10am, jam 7.30am baru take off. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam setengah. Perbezaan masa 1 jam lewat berbanding waktu Malaysia. So, jadi masa 3 jam setengah la.

Abby naik flight terus tidor.... Mungkin mlm td tak tido takut lerlepas flight. Abg seberang yg dduk sebelah Abby pun tidor. Dah ada yg mau ya Abby.

Landed di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya. Airport yg moden. Imegrasen pn okay, nampak mesra. Keluar dari airpot, guide kami dah menunggu dengan kertas bertulis Kak Nina, Malaysia. Alhamdulillah, baik orgnya. Kami pangil dia Rahmad.

Baru landed

Ni la transport kami sepanjang berada di sini.

Perancangan hari pertama ini adalah pergi ke Zoo Batu ygg mengambil masa selama 2 jam perjalanan dari airport. Sementara tu nk singgah makan mana2 yg sempat.

Suasana dijalanan disini agak sama dengan tempat lain yg pernah dilewati. Pemandunya berhemah dan bertimbang rasa. Bunyi hon yg kuat meminta laluan. Kalau di Malaysia, bunyi hon tu nak gaduh.

Perjalanan ke Zoo Batu agak terganggu, Kami perlu sampai ke sana sblum tghri bagi memsatikan kami dapat menghabiskan lawatan di dalam Zoo tersebut. Mengikut kata Rahmad (guide), Zoo tersebut memerlukan masa 1 hari utk dihabiskan disitu.. Kalau kurang maka tidak sempat habis explore semua tempat.

Jalan makin sesak. Kami diberitahu bahawa mlm ini ada perlawanan bola sepak diantara Kelab Arema yg mewakili Surabaya bermain dengan pasukan pelawat. Patutlah jem semaca je.



Jam pun tengahari, sudah agak lewat untuk ke Zoo Batu. Kami membuat keputusan utk bershopping saja di Surabaya utk membeli barangan keperluan sblum mendaki Gunung Bromo esok pagi. Sambil tu boleh la melawat beberapa tempat menarik disini.

Taman depan Masjid Agung Jami

Masjid Agung Jami, Kota Malang

Abby bersama cewek Surabaya.


 Lepas selesai di masjid kami mula mencari kedai baarangan outdoor, Abby dh listkan kedai yg dia nk pegi. Salah satu darinya adalah Eiger. Kebetulan ada year end sale, melompat la masing2.

Eiger, Surabaya.

Selesai memberi beberapa barang kami bertolak ke Malang untuk ke rumah penginapan kami. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam, bukan sebab jauh tp jemmm. Waduh!!!

Sampai di rumah kenalan kami yg dipangil Ustaz jam 6.00pm. Waktu ni dah gelap, maghrib pn dah masuk. Kami berehat dan mandi manda utk persediaan mendaki Gunung Bromo awal pagi nanti. Wardah, anak kami akan tinggal disini dengan keluarga Ustaz ni. 

Tepat jam 12.00 pagi kami bergerak ke Bromo. Jalan agak lengang dan mengambil masa selama 3 jam dari kota Malang. Jalan yang mulanya besar semakin mengecil menandakan kami sudah semakin hampir. Mula ada sedikit pendakian dan semakin tinggi. Oleh kerana suasana agak gelap kami dapatlah tidur2 ayam buat seketika. 

Sampai ke stesyen Jeep, terus tukar baju. Jam menunjukan pukul 4.30am, suasana sejuk sekitar 14 darjah celcius. Sementara menunggu jeep, sempatlah posing sikit.





Kunjungan ke Bromo ini telah disusun oleh guide kami, 4 tempat akan kami lawati iaitu Savanah (tgk sun rise), Pasir Berbisik, Teletubis Hill dan Pananjakan Bromo.
Jarak antara tempat ini sekitar setengah jam menaiki jeep. Mula2 kami ke Savanah....
Sudah ramai pelancong ketika kami sampai, suhu sekitar 10 darjah celcius. Sempat minum kopi dan makan jaggung sementara menunggu matahari terbit.





Mentari sudah muncul.... 



Selesai snap 2-3 keping gmbar kami cepat2 turun utk mengelakan kesesakan... Sempat lagi snap otw turun ke parking jeep tu.





Perjalanan seterusnya ke Pasir Berbisik. Pasirnya hitam, limpahan dari gunung berapi terdekat. Kebetulan musim agak lembab maka tiadalah kami mendengar bunyi pasir ni berbisik. Mengikut kata dorg, jika cuaca kering, akan kedengaran pasir disini mengalunkan bisikan.





Sessi mengambil gambar...


Lokasi seterusnya Bukit Teletabis, Bukit ni berada sekitar Gunung Bromo jgk. Pemandanganya cantik kerana ditumbuhi rumput hijau disekeliling kawasan bukit tersebut. Tetapi agak tidak bernasib baik kerana ketika kami sampai rumput agak kekuningan kerana baru sahaja melepasi musim kemarau. Ape pun mmg cantik.... Dengan cuaca yg agak dingin, suasana ala gipsi oleh penduduk tempatan mencantikan lagi pemandangan disini.

Nampak kuning rumput tu... Biasanya hijau


Ada jgk yg jual baju... Boleh la beli sini.



Ada kedai minum jgk...

Masa ni perut dah lapar, sekitar jam 10.00 pagi, teringat tadi isteri Ustaz ada masakan makanan untuk kami maka kami minum je jt sini.
Naik jeep terus cari port nk makan. Drive dah bgtau ada port yg sesuai nk makan tp ala koboi la.

Santai... Syok oooiii

Lepas makan kami bertolak ke Penanjakan Bromo, puncak gunung Bromo yg masih aktif. Kebetulan masa kami tiba, letusan kecil mengeluarkan asap berbau sulfur menyelinap kehidung kami.
Ketika jeep kami sampai, beberapa penunggang kuda mengekori dari jauh dan semakin dekat. Mengerumini kami turun dari jeep.

Pemilik kuda mencari pelanggan.

Masing2 dgn kuda.

Abby...




Kos sewa kuda ni IDR100,000 (RM33) je, berbaloi la sbb nk jalan kaki sejauh 2KM mendaki. Lagipun boleh la try naik kuda.
Dorg ni pulak akan bg kita tunggang sendiri tanpa pengawasan jika kita mau. Sy pun terus pecut la....
Ada sedikit nasihat ketika menyewa kuda disini....
Jika bersetuju menyewa kuda ini, kita akan diberikan kad, jgn bayar duit sehingga kita turun dari gunung. Dah sampai balik tempat kita mula2 naik tadi baru bayar. Klau tak nnti kena bayar 2 kali.

Dah sampai tmpt parking kuda, kena menapak naik tangga pulak

Separuh jalan ada org jual air

Jauh lagi tuu..

Tangga menegak dgn udara yg nipis dan berbau sulfur

Abby dah sampai puncak meninggalkan Faizul..

Naik lagi ke peak satu lg, masa ni dgr bunyi dari kawah gunung tu..... seram weii

Skali skala asap keluar bersama bunyi deruman yg sedik menyeramkan.

Itu peak yg Abby cuba g..

Sampi dah...

Kuda2 menunggu utk turun semula.

Selesai sudah pendakian Gunung Bromo yg sangat menyeronokan. Suasana dan pemandangan yg indah ciptaan Allah menjadikan pengalama ini suka dilupakan.
Kami mula berangkat turun utk pulang ke Bandar Malang. Sampai Malang masih ada masa utk mencari brg outdoor. Shopping lagi...
Lepas shopping terus pulang ke rumah Ustaz. Sempat beli sikit buah tanggan. Buah apple Indonesia dan buah salak. Best!!
Sampai rumah rehat...  Lepas Asar nk pergi Masjid Ajaib (Masjid Pintu Seribu) pulak.

Masjib Ajaib ni terletak di Malang jugak, dari rumah ustaz ni ambik masa dalam 1 jam perjalanan. Ustaz tak ikut, hanya isteri dan 2 anaknya saja mengikuti kami.
Masjid ni terletak ditgh2 perumahan, jalan masuk agak sempit, hanya muat sebuah kereta saja.
Dari jauh kelihatan sebuah bangunan tinggi dicelah perumahan usang penduduk setempat. Masjid ini masih dalam pembinaan. Ada 10 tingkat... Binaanya agak pelik dan sarat dgn ukiran.

Jalan masuk..


Gendang lama..

Salah satu ukiran yg ada dalam ni






Yg ajaibnya mengikut masyarakat setempat bagaimana binaan sebesar ini boleh ada ditengah penempatan mereka sedangkan tiada jentera dan bahan binaan dibawa masuk melalui jalan. Kalau ada pun masih tidak dapat melepasi ruang jalan yg sempit di celah perumahan mereka.

Pembinaan ini masih berjalan dan kelihatan beberapa pelajar pondok disini memasang lantai dibeberapa sudut. Menurut mereka, pemilik masjid ini bukanlah dari golongan yg berharta. Dengan keadaan ekonomi setempat yg agak sempit, pembinaan masjid ini agak pelik utk dilaksanakan. Apa pun kekuasaan Allah melepasi segala makluk.

Kami bergerak pulang jam 6.30pm selepas solat maghrib dan tidur.

Esok sudah mau pulang ke malaysia....
Jika anda nk dtg ke Surabaya, sy mencadangkan seorg guide yg boleh dipercayai utk anda semua gunakan. Namanya Rahmad - H/P +6281359749699...



Sekian...

3 comments:

  1. Besttt...next trip to Surabaya for water rafting

    ReplyDelete
  2. yes... Water rafting!! Kumpul geng 12 org, kita sewa van yg ada karok dan wifi. Selesa bangat.

    ReplyDelete