Pasir Berbisik

Pasir Berbisik
Bromo, Surabaya

Sunday, 20 December 2015

Tasik Chini, Pekan, Pahang - Dari Jeti Kg. Belimbing

19hb. Disember 2015 (Sabtu jam 10.00 pagi)

Berkesempatan membawa keluarga sebelah isteri ke sini buat pertama kali setelah beberapa tahun berkahwin. Saya pernah bwk isteri kesini tetapi menggunakan jalan darat melalui Felda Chini tetapi lawatan kali ini lebih menyeronokan kerana disertai oleh ibu mentua dan adik ipar.


Sempat pekena roti canai di Sri Makmur.

Trip emergency ini sy buat surprise kpd isteri dan keluarga tanpa dirancang. Sy menelefon kwn yg juga boatman pada sblh mlm sebelum tu dan awal pagi kami bertolak.
Keadaan skrg tidak seperti dahulu seperti ketika sy menjadi boatman sambilan sementara menunggu keputusan SPM. Ketika itu ramai pengunjung baik dari dalam mahupun luar negara dtg melawat Tasik Chini melalui Jeti Bot Kg. Belimbing dan Rambai Sebunga. Masa tu kalau nk pergi ke Tasik Chini secara tiba2 mcm ni mmg tak dapat la. Paling kurang seminggu sblum dh kena booking terutama sekali hujung minggu.

Entah kenapa suasana suram ini berlanjutan begitu lama sehinggakan hanya tinggal beberapa boatman saja yang masih kekal disini meneruskan kehidupan seperti biasa. Kalau tgk kpd suasana dan pemandangan yg indah di Tasik Chini masih tetap terpelihara tanpa sebarang kecacatan. Mungkin sbb kekurangan promosi oleh sesetengah agensi yg sudah tidak seperti dahulu.

Sebgai anak kampung disini dan juga pernah menjadi salah seorang duta kecil mempromosikan tempat ini kepada dunia satu ketika dulu masih mengharapkan kegemilangan Pengkalan Bot Kg, Rambai Sebunga dan Kg. Belimbing ke Tasik Chini akan kembali satu hari nanti.

Jeti Bot Kg. Belimbing

Sampai di Jeti Kg. Belimbing, Pekan

 Jeti Kg. Belimbing sgt selesa dan selamat. Pembinaanya mengikut segala keperluan semasa utk menerima pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat. Jarak jeti ini dari Kuala Lumpur sekitar 300km melalui LPT yg mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan.

Kalau dari KL, keluar exit Srijaya, lepas tol ada traffic light masuk kiri. Lepas tu dalam 2km ada simpang sebelah kanan selepas bukit. Ada signboard tulis Pengkalan Bot Tasik Chini. Utk sampai ke jeti Kg. Belimbing, kena drive lagi 27km melalui jalan kg. Jalan ini selamat dan tiada sebarang masalah.

Terdapat perbezaan ketara diantara memandu terus ke Tasik Chini dengan mmenggunakan perkhidmatan bot di pengkalan Kg. Belimbing ini. Pemandanganya juga lebih menarik dan menyeronokan.

Dengan bayaran sekitar RM130 (satu bot yg boleh memuatkan 6 org), anda dapat menikmati perjalanan dari Sungai Pahang masuk melalui lorong berliku utk sampai ke Tasik Chini. Berbeza dengan memandu terus yg memerlukan anda menyewa bot di Tasik Chini dengan kadar yg lebih kurang sama.

Tangga menuju ke jeti.

Bot yg selesa dan selamat kpd semua pngunjung.

Keselamatan juga menjadi keutamaan mereka.

Suasana Jeti Kg. Belimbing dari Sg. Pahang

 Perjalanan dari Jeti Kg. Belimbing ke Kuala Sg. Chini hanya mengambil masa selama kurang 5 minit. Kuala sungai yg agak sunyi mengambarkan suasana misteri Tasik Chini yang sekian lama menjadi penarik kpd tempat ini.

Pertembungan air tasik dan sg. Pahang


 Lebar lorong berliku ini lebih kurang 5 meter dan mempunyai lebih kurang 81 selekoh seperti badan ular besar yg berliku. Ia mengambil masa selama lebih kurang 45minit utk sampai ke Tasik Chini. Disepanjang perjalan itu kita dapat melihat kecantikan alam semulajadi dan misteri tingalan lama yg mengaitkan Tasik Chini dengan Naga dan ular besar satu ketika dulu.

Terdapat beberapa pemancing di sepanjang sg.

Navigational Lock - Pengawal paras air Tasik Chini.

Pokok yg berusia ratusan tahun.

Disepanjang perjalanan melalui lorong berliku ini, suasana redup di bwh himpunan pokok besar dengan bunyian fauna yg jarang kita dapat rasai.


Di dalam navigational lock.




\
Lubang Ular.....



Akhirnya sampai ke Tasik Chini.....
Suuasana masih sama ketika sy menjadi boatman satu ketika dulu. Tasik yg sepi penuh misteri serta keindahan alam semulajadi menjadikan elemen ini bersesuaian utk mereka yg mahukan ketengan.
















Bunga Teratai

Kami agak kurang bernasib baik kerana ketika lawatan kami ini musim bunga teratai sudah sampai ke penghujungnya. Pada kebiasaan bulan Julai hingga September, bunga teratai akan memenuhi setiap inci kawasan berair di tasik ini. Pemandangan ketika itu amatlah cantik dengan warna pink dan hijau memenuhi seluruh kawasan.
Masih ada sedikit tinggalan bungan teratai utk kami lihat disepanjang tasik ini.

Tempat pertama kami lawati di sini adalah perkampungan orang asli Kg. Cendahan. Perkampungan ini dihuni oleh penduduk asli seramai lebih kurang 10 keluarga. Di sini terdapat kemudahan asas seperti tandas dan pusat penerangan.

Terdapat juga barangan cenderama dan anda juga boleh mencuba peralatan pemburuan orang asli seperti sumpitan. Bayaran dikenakan sebanyak RM3 sahaja utk satu bot.

Jeti Kg. Cendahan


Rumah Org Asli Kg. Cendahan

Pusat Informasi

Barangan Cenderamata

Mencuba sumpitan. Ada gaya tu





Selepas itu kami bersiar siar menaiki bot menjelajahi 12 tasik yg ada disini. Pemandangan yang cantik ini adalah syurga kpd peminat flora dan fauna.












Setelah itu kami ke jeti Tasik Chini utk makan tengahari. Disini terdapat sebuah restoran yg mampu memuatkan lebih kurang 100 org pada satu masa. Terdapat juga kemudahan bilik mesyuarat dan kemudahan lain.

Terdapat juga bilik penginapan utk dihuni dan kawasan perkemahan kpd mereka yg suka dengan cabaran. Kepada pemancing, tasik ini mempunyai senarai spesis ikan yang agak byk. Ikan Toman mendahului spesis lain sama seperti tasik lain di Negara ini.

Tasik Chini Resorts

Jeti Tasik Chini























Begitu cantik pemandangan disini. Adalah amat rugi jika dibiarkan sunyi tanpa pelawat. Kekurangan promosi dan informasi menjadikan tempat ini agak suram. Sy agak hairan bagaimana 15 tahun dulu tanpa kemudahan internet, tempat ini begitu dikenali dan sentiasa penuh dgn pengunjung tetapi kini dizaman serba moden tempa ini semakin dilupkan.

Sy berkesempatan bercuti di byk tempat sblum ini dan berpendapat Tasik Chini in adalah antara tempat yg menarik jika diuruskan dengan lebih baik.

Sempat makan tghari disini. Harga amat berpatutan. Sama seperti restoran lain diluar sana. Masakanya pun sedap.

Selesai makan kami bergerak pulang.

Sempat singgah beli ikan yg ditangkap oleh nelayan disini. Masih segar...

Sedap ikan ni..

Jika anda berminat utk melancong ke Tasik Chini melalui Jeti Bot Kg. Belimbing, boleh menghubungi Sdr. Rohaizad - 0199425544.


Sekian.