Pasir Berbisik

Pasir Berbisik
Bromo, Surabaya

Wednesday, 4 July 2012

Kerakusan Manusia

Mentagan telah lama menjadi tumpuan pengunjung terutama penduduk setempat. Kebanyakan pengunjung lebih selesa untuk berkelah di sekitar jalan utama kerana mudah utk meletak kenderaan dan tanahnya agak landai berbanding lokasi di atas.

Sejak mula ditemui, air terjun ini menjadi kebanggan penduduk dgn dikunjungi oleh pelawat sekitar dan pelancong asing. Byk program belia diadakan disekitar bg memanafaatkn persekitaran yg amat sesuai dan mendamaikan itu. Lokasi utama yg menjadi pilihan adalah di sebelah bawah sekali yg terdapat kolam takungan semulajadi yg besar dan terdapat kawasan perkemahan yg boleh menampung sehingga 300 orang. Aturcara program selalunya bermula dari tempat itu dan peserta bergerak ke puncak air terjun bagi merasai keseluruhan exspidisi lata Mentagan. Ia menjadi tanda aras kpd Mentagan ketika itu.

Keadan tersebut kini hanya tinggal kenangan dek kerana kerakusan manusia mengejar kekayaan. Seluruh kawasan tersebut ditebang dan ditanam dgn pokok kelapa sawit oleh peneroka haram yg tamak. Paling menyakitkan hati, ketiadaan tindakan dari pihak berkuasa terhadap tindakan yg tidak bertanggung jwb ini. Pihak berkuasa kg dan kerajaan langsung tidak mengambil apa2 tindakan sejak perkara ini berlaku lebih 10 tahun dulu. Tanah yg sepatutnya menjadi rizab sungai dan milik kerajaan menjadi harta persendirian dan tiada apa tindakan yg dibuat oleh pihak berwajib. Kita bukan harapkan keaslian tmpt ini kembali seperti sebelum ini yg perlu mengambil masa yg lama utk terbentuk. Cukuplah menjadi pengajaran kepada penerok haram agar tidak sesuka hati merosakan alam sekitar.

Kejahilan peneroka haram dan pemimpin yg tidak menjalankan tugas telah melenyapkan satu tempat menarik di kg ini. Kemusnahan yg diratapi oleh org2 yg mencintai alam semulajadi tanpa mendapat pembelaan. Kepada pemimpin dan pihak berkuasa di kawasan Pekan, sy menasihatkan agar lebih sensitif dgn kerja dan tanggung jawab yg telah diberi. Jgn hanya berbangga dgn pangkat dan duit yg disalurkan tanpa menjalankan tugas dgn betul dan berikan peluang kpd org lain jika tidak tahu menjalankan tugas.

Sekian.

No comments:

Post a Comment