Saya rakamkan kembali beberapa trip yg telah saya lalui untuk dikongsikan bersama anda semua.
Pada 4-7hb. November 2014 (Selasa - Jumaat), saya bersama keluarga dan kenalan telah berkesempatan melawat Bandaraya Ho Chi Minh. Saya dan isteri bersama anak bongsu, Wardah yang berumur 4 tahun ketika itu dan keluarga En. Mail dan Kak Sabariah bersama 3 orang anak mereka. Tidak ketingalan keluarga En. Nawi dan Kak Za bersama anak mereka, Iffat.
Oleh kerana flight kami pada hari itu pukul 6.45am (waktu Malaysia), kami terpaksa bergerak awal dari rumah kami di Subang Mah Sing. Dengan menaiki van yg disewa kami bergerak dari rumah sekitar 3.00am untuk sampai ke Airport sebelum jam 4.30am. Perjalanan lancar sbb masih awal pagi. Tidak banyak kenderaan berada dijalanan ketika itu.
Sampai di Airport kami terus check in dan mula mencari port utk menunggu waktu pelepasan. Sempat la check balik semua dokumen dan segala booking receipt yg telah kami sediakan sebelum ini. Kami telah membuat tempahan hotel di Agoda.com. Segala pembayaran telah dibuat dan dapatlah kami membuat perancangan untuk perbelanjaan lain disepanjang kami disini.
Target kami adalah bershopping sambil bwk anak2 makan angin.
Flight kami berlepas mengikut jadual pada jam 6.45am. Sampai ke Tan Son Nhat International Airport jam 8.30am (waktu Malaysia). Perjalanan selama 1 jam 45 minit dari KLIA. Waktu Ho Chi Minh lewat 1 jam dari Malaysia. Kena ajust jam la... Nnati janji salah masa pulak.
Lepas landed, selesaikan pasport dan bagasi dan terus cari simcard utk phone. Sy ada la buat roaming tp internet tak ada. Terpaksa la beli jugak. Senang nk whatsap. Ada byk pilihan di Ho Chi Minh ni. Internet pun laju. Dalam hutan pn ada..... Kami telah memilih Vinaphone. Beli kat Airport je, keluar pintu departure sebelah kiri. Jgn salah pilih. Mcm kt Malaysia jgk, ada byk pilihan pakej... Amik yg basic je utk whatsap. Takut hilang masa shopping nnti senang nk cari.
Anak2 dan ibu berposing..... Beli simcards pun posing. Hehehe...
...... Ayah, tgk saja.
Selesai shopping simcard phone, kami cari transport utk ke hotel pulak. Ada byk teksi dan runner mereka menawarkan perkhidmatan. Sy memilih utk terus ke kaunter utk bertanyakan harga sebuah van utk ke District 1. Sy g kaunter teksi Vinasun, dorg charge VND250,000 utk satu van. Sy hold dulu sbb nk discuss dgn semua org, tetiba ada sorg lelaki ni pakai baju Vinasun jgk offer van dia VND100,000. Bila semua semua setuju, dh xde tanya banyak dh. Terus je setuju...
Van besar jgk la tp sbb kami ada 11 org maka jadi sardin la. Masing2 size XXL.... Yg muda kena jadi mangsa la dduk atas lantai van.
Posing depan Van pulok
Keadaan dlm van... Kesian Wani.
Masuk dalam van terus mintak driver cari tempat makan halal. Maklum lah tadi awal sgt nk makan, dh sampai sini semua dh lapar. Driver van boleh la ckp English sikit2. Boleh la sembang. On the way ke hotel, dia singgah di sebuah restoran. Kt sini restoran dgn kedai berlapis lapis. Depan kedai, belakang restoran. Ada yg atas bwh tp kena lalu kedai kain dulu. Tp oleh sebab signboard dorg mmg byk, xde masalah la nk carik.
Masakan boleh tahan la... Boleh makan dengan selesa.
Selesai makan terus singgah kedai kain kat bawah tu. Survey je sbb kami hanya akan shopping di Ben Than Market saja.... Hehehehe. Peniaga kt sini pandai, dia tau kaum wanita akan ambik masa lama utk pilih dan tengok kain, dorg siapkan kerusi utk suami. Selesa la jgk sambil mengunggu.
Lama sgt tunggu... Dh mcm jaga.
Lepas cuci mata, kami bergerak ke hotel utk check in. Waktu Vietnam ketika ini sekitar jam 2.30pm. Hotel kami berada di District 1, Namanya Bizu Hotel, terletak di 196 - 198, Bui Vien. Terletak sekitar kawasan lepak pelancong asing.
Kawasan agak kurang sesuai utk kami yg berkeluarga ni. Agak jauh utk berjalan kaki ke Bent Than Market. Turun je van terus ramai je pekerja hotel menyambut kami. Bab ni dorg mmg superb. Bila hulur duit kt driver van VND100,000 tetiba dia ckp per person.... Terkono den!!
Tiap org kena charge VND100,000, so total semua VND1,100,000. Baik naik van kt kaunter tadi tu, baru VND250,000 satu van. So moral of the story... kena tanya habis2.
Seperti mana2 tempat yg kami biasa pergi, teksi dan public transport adalah perkara yg kami selalu ambik berat sbb terlalu byk penipuan akan berlaku jika tidak berhati2.
Di Ho Chi Mint ni, hanya teksi Vinasun yg boleh dipercayai. Dorg guna meter dan jujur.
Sampai di hotel, kami rehat2 sambil ronda2 sekitar hotel... Byk la tempat massage dan tempat minum.
Suasana di sekitar hotel
Dh dekat nk malam kami berjalan kaki utk mencari tempat makan. Kami berjalan menuju kearah Bent Than Market sbb byk restoran halal berada sekitar kawasan itu. Sambil jalan kaki dapatlah kami melihat keindahan Ho Chi Minh ni. Org Vietnam ni suka bersukan... Padang dorg penuh dgn org. Ada yg jogging, ada yg main sepak bulu itik. Perjalanan ambik masa lebih kurang 1/2 jam dari hotel. Tak la jauh sgt tp kalau bershopping rasanya kena naik teksi ni.
Arah tujuan kami adalah Hajah Basiroh Cafe, sbb itu je yg kami tau. Rupanya byk lg restoran halal yg terdapat di sini. Ada Restoran 1Malaysia jgk. Time ni Bent Than Market dah tutp. Pukul 6pm dh tutup. So, kalau nk shopping kt situ kena la pegi pukul 9am - 6pm.
Kalau dh terlajak sampai mlm, jgn risau sbb di luar Bent Than Market ada mcm pasar mlm. Brg yg sama dorg jual kt dalam waktu siang, dorg bwk kluar. Yg penting kena tawar.... Paling kurang separuh drp harga yg dorg letak. Klau xdapat, tgk tempat lain. Mlm ni kami tak beli ape2.... Sabar. Cuci mata saja.
Balik hotel kami singgah di tour center. Plan nk g Chu-Chi Tunnel. Ada pakej USD5 tiap seorang utk bas. Tiket masuk lain kira. Esok jam 8am kena tunggu depan hotel.
Dh siap menunggu....
Dalam bas.
Perjalanan ke Chu Chi Tunnel mengambil masa selama 1 jam sepatutnya. Tp entah cmana la driver tu bwk bas mcm siput. 2 jam baru sampai. Time pegi ok la boleh tgk pemandangan sekitar. Masih semangat nk tgk sekeliling. Nasib baik ada tour guide yg ok. Dapat la hilang boring dgn cerita sejarah Vietnam.
On the way dorg singgah kt kedai handicraft mangsa peperangan gas oren ketika perang Vietnam. Dorg semua cacat sbb terkena gas beracun. Kesian... bermula dari sini kami mula memahami sesuatu yg bertentangan dengan ape yg kami percaya selama ini. Klau dulu ada filem cerita Rambo yg berperang di Vietnam utk menolong penduduk tempatan. Kita anggap dia lah hero yg membantu menyelamatkan org. Rupanya propaganda Amerika telah menutup kesalahan mereka keatas rakyat Vietnam ini.
Halus buatanya...
Baru keluar dari kedai handicraft.
Kami hanya singgah disini sekitar 1/2 jam. Sempat la pegi tandas dan beli sedikit makanan. Dalam perjalanan kita boleh tgk betapa gigihnya org Vietnam ini mencari rezeki. Naik moto penuh dgn barang. Makcik2 dan nenek2 tidak memperdulikan persekitaran demi mencari sesuap nasi.
Motosikal adalah nadi pengankutan di Vietnam. Kalau ada kereta tu kira org kaya la sbb cukai dia sgt tinggi. Bersyukur lah menjadi rakyat Malaysia.
Kami meneruskan perjalanan ke Chu Chi Tunnel. Kawasanya berada di luar bandar Ho Chi Minh. Melalui kebun getah dan perkampungan org Vietnam.
Sampai dah...
Tiket masuk VND70,000
Awek Vietnam ni mmg xde feeling....
Chu Chi Tunnel ini adalah lambang keberanian penduduk Vietnam ketika menentang askar Amerika. Mereke membina segala terowong bwh tanah dan membina jerangkap samar utk mempertahankan diri dari senjata moden pihak musuh.
Kecekalan dan ketabahan mereka membuatkan kami merasa semangat kami begitu kerdil ketika berdepan masalah sebesar ini.
Lubang yg hanya boleh memuatkan seorang askar.
Salah satu jerangkap samar tentera Vietnam
Selesai sudah lawatan kami ke Chu Chi Tunnel. Sungguh menentuh perasaan. Esok kami bercadang utk melawat Muzium perang dorg pulak. Terbuka sedikit minda dari propoganda Amerika terhadap Vietnam.
Sampai di hotel kami bersiap utk ke pasar malam Bent Thant sambil makan2. Masing2 dh tau jalan nk ke sana. Dh tak terikat nk bergerak bersama. Maklumlah, kalau nk shopping masing2 ada keperluan masing2.
Gambar shoping xde nk upload. Tak sempat nk snap gambar... Semua sibuk memilih.
Keesokan paginya kami bershopping di dalam Bent Thant Market. Jalan kaki ramai2.
Selesai shopping sessi pagi, kami lunch di salah sebuah restoran kt sana. Lepas makan planning nk g Muzium perang dorg. Tahan 2 teksi Vinasun depan Bent Than Market... Mudah dapat teksi kt sini sbb org Vietnam jarang naik teksi. Masing2 ada motor. Sampai depan Muzium dalam pukul 12pm. Tutup rupanya muzium time ni. Pukul 1pm baru buka sessi petang.
Ktorg decide nk tunggu je la. Sambil tu boleh tgk2 dari luar keadaan muzium tu. Tepat jam 1pm kamai masuk.... Tiket masuk USD1 saja.
Mmg berbaloi masuk sini. Biar gambr berbicara... Hheheheh.
Vietnam telah membuka mata dunia dengan ketabahan dan kekuatan rakyatnya membina kembali negara mereka yg musnah angkara US. Masyarakat dunia telah dikaburi dengan propaganda yang dibuat bagi melindungi kesalahan kuasa besar itu.
Sessi sejarah dh selesai....
Kami pulang ke hotel, mlm nk kluar ke pasar malam lg. Kali ini nk bershopping sakan setelah beberapa hari buat survey. Maaf, seperti dijangka tiada gambar ketika shopping.
Sy sempat tempah blazer, satu hari siap. Memang kagum dgn cara dorg bekerja. Kaum wanita pulak sibuk menempah baju. Semua siap satu hari. Hanya bgtau tingal kt hotel mana, dorg akan hantar tepat pada masanya. Jujur sungguh dorg ni berniaga.
Sebelum tu nk pesan, jgn percaya lelaki yg nk kilat kasut. Dorg ni penipu. Masa nk kilat kasuk kita bukan main lg ckp. Lepas tu dorg ni mcm samseng mintak duit. Charge ikut suka, sblum buat ckp murah... lpas tu ckp charge tu utk sebelah je. Mcm2 la dorg ni.
Jgn lupa rasa kopi yg dorg jual atas motor. Mmg superb.... Biasanya kopi motor ni time malam je ada. Minum skali nk lg. Penjual dia pn sgt friendly...
Setakat ini saja utk kali ini.
Maaf byk info dh lupa.... Maklumlah, lepas setahun baru upload story ni.
Sekian.