Salam semua...
Awal puasa tahun ni sy berkesempatan utk terbang ke Bandung bersama isteri tersayang utk shopping raya. Ini adalah kali pertama kami ke bandar ini dan semestinya blog2 rakan yg pernah kesini menjadi rujukan. Percutian selama 3 hari 2 malam ini memerlukan persiapan rapi kerana misi kami terlalu byk tambahan pula dibulan puasa ini.
Flight Airasia yg pada mulanya dijadualkan take off pada pukul 1.45pm telah ditukarkan pada pukul 6.20am. Kami bergerak drp rumah pukul 3.00am dan sempat sahur di LCCT. Alhamdulillah....
Kami selamat mendarat di lapangan terbang Bandara Husien Sasteranegara Bandung jam 7.20am. Tempoh penerbangan selama 2 jam lebih tidaklah mendatangkan masalah. Perbezaan masa selama 1 jam lewat berbanding waktu malaysia juga tidak begitu terasa.
Suasana di airport cukup aman dan tiada suasana hiruk pikuk sebagaimana digambarkan. Tiada peminta sedekah, tiada pemandu harap yg mencari penumpang dll....
Kami pergi ke kaunter sewaan kereta dan menyewa sebuah MPV Suzuki selama setengah hari dengan bayaran Rp300,000 bersama supir dan terus bergerak ke Tangkuban Perahu sbgai destinasi pertama kami di Bandung. Suasana disini nyaman dan agak dingin. Bandar dikelilingi oleh beberapa buah gunung yg dapat dilihat dgn jelas dari segenap sudut.
Perjalanan ke Tangkuban Perahu mengambil masa selama 1jam. Tiket masuk dikenakan sebanyak Rp50,000 seorang dan Rp15,000 MPV kami. Kami berada di puncak ini hanya 1 jam bagi menjimatkan masa sebelum turun semula ke Bandung City.
Suasana di Tangkuban Perahu ini amat dingin, lebih kurang Cameron Highland kalau di Malaysia. Seperti yg saya baca di blog, disini terdapat ramai penjual yg suka mengekori pelanggan bagi menjual barangan mereka. Cara terbaik bagi mengelakan dari terus diekori adalah tidak melayan mereka dari awal.
Sempat mengambil beberapa snap yg sesuai untuk kenangan di sini. Atas nasihat rakan2, kami hanya membeli beberapa FM disini dan tidak membeli apa2 barangan lain kerana disini harganya agak mahal. Tempat ini akan mula ditutup kpd pengunjung pada jam 5.00pm kerana kabus yg bahaya.
Ada sedikit memeningkan dengan bauan belerang dari kawah gunung berapi.
Setelah selesai posing kt atas nih kami pun turun utk memulakan misi utama kami iaitu shopping....
Tempat pertama kami adalah Rumah Mode. Perjalanan turun dari Tangkuban Perahu ini melalui Rumah Mode ini dan kebetulan pula hari sabtu maka ramailah pengunjung memenuhi Rumah Mode ini. Kebanyakan mereka dtg dari Jakarta turut sama membeli belah disini.
Baranganya cantik dan murah berbanding di Malaysia. Sy sempat membeli jeans dan beberapa helai baju. Wife sekadar membelek beberapa barangan sblum meletakan kembali beberapa barangan. Mungkin mengharapkan akan menjumpai yang lebih murah dilain tempat kot...
Selepas itu kami terus check in hotel yg telah saya tempah melalui Agoda.com. Hotel yg terletak di jalan Braga ini baru beberapa tahun dibuka kpd umum. Hotel ni namanya Gino Ferucci Braga Hotel. Berdekatan dgn Pasar Baru. Hotelnya cantik dan kemas.
Lepas check in lebih kurang pukul 2.00pm. Baring2 jap lpas tu keluar pegi Pasar Baru utk buat survey. Kami jalan kaki je, kalau ikut dlm map kami jaraknya cuma 2km. Sambil menikmati pemandangan Bandung City perjalanan tidaklah begitu memenatkan. Dari jauh kami sudah dapat melihat bangunan Pasar Baru. Tiba2 kami ditegur oleh pengayuh beca yg menawarkan kami utk menhantar kami ke sana dgn harga Rp10,000 utk sebuah beca. Sy menolak tapi kesian la pulak. Maklumlah, baru sampai dan msih belum arif dgn kehidupan di sini. Setelah berkayuh lebih kurang 200 meter, kami pun sampai. Sy pun menghulurkan Rp10,000 kpada beca tersebut. Boleh pulak dia cakap Rp10,000 seorang, tadi ckp lain. Sy pn bayar je la. Malas nk kecoh2... Betul la ckp org, kt sini hanya boleh percaya teksi bluebird dan yg bermeter saja. Yg lain jgn percaya.
Kt sini byk penjual yg suka mengekori pelanggan. Jaga2 ya, cara paling selamat adalah tidak melayang mereka jika kita tidak mahu membeli barangan mereka.
Setelah membuat beberapa survey kt dalam ni kami pn keluar dlm pukul 5.00pm. Kedai kt dalam ni pn dh mula ada yg tutup utk berbuka puasa. Pasar Baru ni tutup jam 6.00pm kot. Esok baru kami start nk shopping.
Perjalanan balik ke hotel kami ditunjukan oleh penjual kt situ jalan short cut. Kami melalui jalan dicelah2 perumahan disitu. Keadaanya agak menyeramkan kerana ketika itu sy membawa wang yg agak banyak. Alhamdulillah, tiada apa yg berlaku malahan kami ditunjukan arah dengan mesra oleh penduduk disitu. Perjalanan amat singkat dan kami sampai ke hotel dgn selamat. Esok boleh guna jalan tu lagi.
Sampai depan hotel ada plak org buat konsert. Sempat jgk layan 2-3 lagu kami pn naik ke bilik utk bersiap mencari tempat berbuka. Depan hotel kami ni byk restoran dan pub. Kira mcm jln Bukit Bintang la. Kami pn singgah berbuka di sebuah restoran ni... Lupa la namanya. Kami makan Ikan Gurami (Ikan Talapia) dgn beberapa jenis lauk lagi. Kami pernah makan ikan ini semasa berada di Medan sebelum ini. So, tiada masalah la.
Mlm pertama di Bandung kami tidur awal sbb pagi esoknya jadual sudah dipadatkan dengan aktiviti utama kami di sini. Sempat mintak hotel kejutkan sahur. Sahur pagi tu jam 3.00am sbb imsak dorg awal dpr Malaysia. Boleh la layan masakan dia. Janji ada makan.
Kami mula keluar jam 8.30am sbb pusat membeli belah dorg mula buka jam 9.00am. Ambik teksi mintak pergi ke jalan Chihampelas. Kt sini ada byk Factory Outlet disepanjang jalan. Kami sampai sana jam 8.45am, masih awal dan kebanyakan FOS masih tutup. Spoilt betul.... Tetiba pakcik teksi kami mencadangkan kami pergi ke pasar tradisional masyarakat Bandung (Pasar Sibuk). Kebetulan pula hari ini hari Ahad. Pasar ini buka tiap ahad saja. Mcm pasar kt Stadium Shah Alam je. Terletak di sebelah Bandung Memorial Park. Ingatkan nk jalan2 je sambil menungu FOS buka.
Tetiba wife dh start jeling kt longgokan tudung yg ada kt situ. Lepas jeling, peggang, lepas tu duduk. Lepas tu sedia maklum la. Dh adi mcm org tempatan. Kecoh sana sini tawar menawar....
Org Bandung ni kreatif, buaian mcm kt funfair pn dorang letak kt pasar mcm nih. Tapi kayuh dgn kaki mcm basikal... Heheheh...
Lepas jalan beberapa ketika, sy plak nmpak barangan yg menarik... Lepas tu kamera dh tak berfungsi lagi. Dh tak ada masa nk snap gambar, masing2 sibuk dgn memilih barangan masing. Brg kt sini lebih murah drp ape yg kami survey kt Pasar Baru smlm. Kualitinya plak lg bagus.
Dh dapat separuh drp ape yg kami carik. Duit plak byk jimat sbb kt sini murah gile....
Siap beli beg utk isi semua brg yg dibeli. Rasanya dh tak perlu pergi Pasar Baru.... Balik naik teksi, singgah kejap kt jalan Chiampalas. Masuk 2-3 FOS, beli beberapa helai baju. Dh tak larat nk bwk bag besar nih. Panggil teksi sruh hantar balik hotel sekitar jam 2.00pm. Teksi kt sini standard Rp20,000 paling minimum. Kalau kurang drp Rp20,000 meter dia, kita kena bayar Rp20,000 jgk.
Balik hotel rehat jap..... Solat dulu.
Keluar semula utk pegi Pasar Baru. Naik teksi, baik drive tu. Siap nasihat lg kt dlm Pasar Baru tu ramai penyeluk saku. Mintak ktorg berhati2.
Masuk dlm tu dh kurang nafsu nk shopping sbb pagi td dh beli byk brang kt Pasar Sibuk. Jalan teman wife je la. Dia carik kain ela utk buat baju. Sini heaven la klu carik kain ela... Mcm2 ada tp kena pandai tawar la. Dorg tau kalau org Malaysia. Tak boleh nk tipu...
Balik ke hotel jam 5.00pm, bersiap utk carik tempat berbuka. Kali ni igt nk berbuka kt tmpai lain plak. Pngil teksi, suruh dia bwk g restoran. Singgah Restoran Alas Daun. Masuk je dh full. Tnggu je la sbb waktu dh dekat nk berbuka. Beli air, tnggu depan restoran tu. Kira waiting list la. Lpas tu dpt la duduk... Makanan sini kira taste org Bandung la. Sambal dia pedas gile..... Ramai org Jakarta makan kt sini.
Lpas makan terus balik hotel.
Isnin 15hb. Julai 2013, hari terakhir kami kt Bandung. Pagi tu kami naik teksi pergi Jalan Dago, Plaza dago. Pukul 9.00am belum buka. Rupanya pukul 11.00am baru buka. Kami berjalan kaki g kedai Kartika sari, carik brownise kukus. Sempat beli mcm utk bwk blik sbgai kenangan.
Masa nih dh tak bwk kamera.....
Lama melepak depan Dago plaza tu, teringat plak nk belikan kain batik kt mentua... Tahan angkutan g Pasar Baru. Bayar Rp7,000 seorang. Merasa jgk naik angkutan.
Lps beli kain batik dan pelikat kt luar pasar Baru tu kami pun jalan balik ke hotel. Beli kt luar pn ok jek...
Kami check out jam 1.00pm dan bergerak ke airport.... Selamat landing di LCCT jam 6.30pm.
Alhamdulillah.... Lpas ni nk g mana plak.