Berukut adalah serba sedikit informasi tentang Royal Belum yg saya ambil drp wikipedia utk pengetahuan anda:
Hutan Belum terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.
Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan.
Hari Pertama (31 Ogos 2012) Jumaat
1.30 pagi (R&R Sg. Perak)
Berhenti rehat dan berkumpul sebelum keluar di exit tol Kuala Kangsar. Melalui jalan lama menghubungkan Perak dan Kelantan yang semakin baik. Dahulu jalan ini menjadi laluan komunis dan menjadi kawasan hitam kepada keselamatan negara.
4.30 pagi (Masjid Grik)
Sampai dgn selamat dan mencari motel utk berehat memandangkan waktu masih awal dan memerlukan tempat utk mandi dsb.
7.30 pagi
Begerak ke Tasik Banding yg mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.
9.00 pagi (Jeti Pulau Banding, Tasik Temenggor)
Boatman kami (Adi) sudahpun sedia menunggu bersama botnya dan kami mula memuatkan barangan camping ke dalam bot.
Bot penuh dgn barang.... mcm nk duduk sana terus je.
Anggota tentera bersiap sedia untuk melakukan operasi di kawasan ini.
9.30 pagi (Bergerak ke MABC aka Man Ahad Base Camp)
Dalam perjalan masuk ke Hutan Belum, kami dikehendaki mendaftarkan diri kepada Jabatan
yg mengawal kawasan ini. Kami juga dikehendaki melaporkan diri di post tentera yg terletak ditepi tasik ini.
Post kawalan dan pendaftaran
11.30 pagi (Sampai ke MABC aka Man Ahad Base Camp)
Camp site ini dibuka oleh Azman Ahad dan Fikri serta rakan rakan sejak beberap tahun lalu. Camp site ini adalah strategik memandangkan ia berada di tengah2 kawasan Tasik Temenggor dan memudahkan pergerakan utk pergi ketempat yg menarik disini.
Ketika itu keadaan air agak surut dan tebing yg curam dan memerlukan kami mendaki utk sampai ke camp site.
Jetty MABC
Tapak Khemah... Bincang sblum pasang khemah.
Proses memasang khemah bermula... Terdapat juga Mandor yg sedang memerhati (Cekap Pinggang)
4.00 petang (Bersiap utk menjejak Bunga Pakma aka Reflisia di Sg. Gadong)
Sampai di jeti Sg. Gadong, berjalan kaki dan mendaki melalui air terjun yg menarik. Air dia sejuk yg amat....
Keadaan yg sedikit semak menyukarkan pergerakan. Kelihatan pokok balak yg besar dan tumbuhan yg tidak pernah saya jumpa. Untuk sampai ke kawasan bunga pakma ini kami perlu berjalan selama 1 jam dengan mendaki bukit yg tegak. Bunga Pakma ini juga tidak selalunya kembang sepanjang masa. Ia mengambil masa untuk membesar dan hanya kembang selama 3 minggu sebelum ia musnah.
Kami amat bertuah kerana terdapat beberapa kuntum yang masih berkembang tetapi sudah sedikit layu dan menunggu masa utk musnah. Terdapat juga anak bunga tersebut yang masih kecil dan mungkin mengambil masa utk kembang sepenuhnya.
Jalan yg semak samun
Air terjun yg unik, tinggi lebih kurng 50 kaki dari tmpt kami berdiri.
Fikri sedang mendaki menggunakan tali. Penat weh...
Bunga Pakma aka Reflesia yg masih belum kembang.
Hajat nk hadiahkan bunga ni utk isteri tersyg tp ia lebih besar drp dia...
Abby (Chilli Merah) terjatuh bila terpijak bunga pakma yg telah layu. Jahat ko Abby....
Jetty Sg. Gadong yg surut. Sempat mencari Kijin (Kepah) utk dinner.
Kami bergerak turun setelah puas menikmati keindahan bunga tersebut. Perjalanan turun agak mudah dan sesampai di jetty kami sempat melabuhkan pancing utk mencarik lauk segar utk makan malam.
6.30 pagi (Bertolak ke Jenut Rusa, Sg. Papan)
Jenut bermaksud batu garam galian yg dihisap oleh binatang bg proses penghadaman mereka. Terdapat bermacam jenis jenut yg terdapat di sekitar Hutan Belum ini.
Kami perlu begerak awal untuk sampai ketempat ini kerana dijangka rusa akan mula memenuhi jenut ini sekitar jam 9.00 pagi. Terdapat pondok peninjau disediakan oleh pihak berkuasa dan kami perlu berada didalam pondok tersebut sebelum binatang datang.
Fikri berdiri dihadapan pondok peninjau.
Dalam beberapa ketika kami sudah mula mendengar bunyi dan jeritan kijang menandakan mereka sudah berada disekitar kawasan tersebut. Bunyi semakin hampir dan kami semua fokus kearah suara kijang tersebut tetapi lama kelamaan bunyi itu semakin jauh dan hajat kami tidak kesampaian.
Setelah beberapa ketika kedengaran bunyi bising drp kumpulan pelawat lain yg beru sampai. Patut la kijang tu lari.... Puihh...
Ni la group yg buat bising tu... Aiseh... Ni adalah tempat jenut rusa trsebut.
Bersama Fikri dan pokok balak yg besar.
Melihat pokok herba dan binatang kecil.
Jambatan Gantung
Setelah kecewa utk melihat kelibat binatang di Jenut rusa, kami bergerak untuk pergi memancing ikan toman disekitar tasik ini.
Berkat sabar dan usaha gigih akhirnya dapat juga seekor. Ikan dipancing oleh Azman tp yg tukang posingya ramai.
Dpt bergambor pn jadi lah....
Bergaya dgn ikan org lain....
Gaya pegang mcm ada tokoh pemancing hebat..
Ni sorg lagi....
Sibuk memasak
Ikan Sebarau yg kena jaring Adi. Pasang kt jeti je...
Sempat baca surat khabar.... Ada india hantar smpai base camp.
Pose dulu sblum masak...
Aktiviti malam hari... Asyik2 adi je yg kena. Boring la.
Hari Ketiga (2 Sept 2012) ahad
7.30 pagi (Bergerak ke Sg. Kejar 7 Base Camp Royal Belum)
Kami bergerak ke Sg. Kejar iaitu pintu masuk ke Royal Belum untuk aktiviti river trecking dan memancing disekitar Base camp tersebut. Terdapat juga perkampungan orang asli dan juga air terjun Sg Kejar.
Perjalanan mengambil masa selama 1 jam dari MABC dan kami disajikan dengan pemandangan yg menarik disepanjang perjalanan kami. Terdapat juga anak2 org asli bermain dan menangkap ikan di tasik ini. Kehidupan mereka agak biasa saja dan terdapat juga tempias kemodenan yg mereka kecapi.
Salah sebuah rumah orang asli
Rumah Org Asli
Anak Org Asli dan aktiviti masing2
Panas... Sepmat pose.
Mula berjalan kaki sbb air cetek. Bot tak bleh lalu.
Take 5... Sempat pose (tgk kiri tu, mak limah g pasar)
Pose lagi... Bila nk smpai cmni?
Sampai je Base Camp trus mula masak lunch... semua lapar.
Base Camp Sg. Kejar ada byk pondok.
Lunch sedang disediakan... makan, makan, makan...
Surau juga ada...
Sempat mandi sambil diperhatikan oleh tentera Malaysia
Sempat Pose kt sign Board.... Bukti nih.
Pondok utama dh kena booking oleh tentera, Dorg pn baru sampai.
Air terjun Sg. Kejar
Hehehe....
Tapak gajah.... Baru je lepas lalu sblum kami smpai.
Pose lagi...
Anggota tentera mengawasi kawasan sempadan.
Dipertengahan jalan kami telah dilanda hujan dan masing2 sempat mandi didalam bot... Hehehe.
apabila sampai di MABC kami dapati khemah kami dilanda ribut dan menerbangkan barangan kami. Pakaian saya yg diletakan didalam khemah turut basah dan terpaksa meminjam baju org lain. Hammok juga basah dan saya terpaksa tidur didalam khemah mlm itu.
Hari Ke Empat (3 Sept 2012) Isnin
8.30 pagi (Sentuary Ikan Kelah, Sg. Ruok)
Kami berkemas dan membersihkan base camp sebelum bergerak ke Sg. Ruok. Hari ini adalah hari terakhir kami disini dan akan terus pulang setelah selesai lawatan kami ke Sg. Ruok nin.
Disepanjang perjalanan kami terdapat beberapa pemancing sedang melabuhkan joran untuk mencari mangsa. Kumpulan kami juga ada ketikanya singgah beberapa minit untuk mencuba nasib kerana geram dengan kelibat toman yg sengaja melibaskan ekornya dipermukaan air.
Sampai ke jeti Sg. Ruok kami berjalan kaki ke Sentuary Ikan Kelah yg mengambil masa lebih kurang 30 minit. Jalan yg tidak begitu sukar memudahkan pergerakan kami. Permandangan yg cantik juga mendamaikan sehingga kami lupa yg kami sudah pun sampai.
Ikan2 disini amat jinak dan boleh dipegang dgn tangan.
Ada plak yg candit org tgk bercengkerama....
Mcm pendatang haram...
sampai dah... Best!!!
Terus nampak ikan Tengas... Kelah masih malu2 nk dtg.
Sempat mandi manda...
Ada org dh xde baju nk pakai.. Tgk aje la.
Jejaka boroi...
Selepas 20 tahun tak memancing, dapat jgk seekor....
Sekian, Terima Kasih semua.
Bergerak balik ke KL pkul 5.00 ptg. Sempat singgah di batu peringatan pembinaan jalan perak - kelantan.
Plak peringatan...
Kenangan...
Sampai di KL sekitar jam 10.00 mlm...
sekian terima kasih...